Skim Kifaalah Warga Emas Kerajaan Negeri Kelantan

Print Email

warga emas small

 

Skim Kifaalah Warga Emas adalah produk Khairat Kematian PERCUMA yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Anak Syarikat PMBK iaitu Kifaalah Sdn Bhd.

Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka untuk disertai oleh seluruh rakyat kelantan lelaki dan perempuan yang berumur 60 tahun ke atas.

Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun yang bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini.

Maklumat Skim Kifaalah Warga Emas

Caruman : PERCUMA

Syarat Penyertaan :

I.  Rakyat Kelantan sahaja
II. Lelaki dan wanita berumur dari 60 tahun ke atas.


Faedah keahlian:
I.   Khairat kematian sebanyak RM1500.00 (Bayaran pendahuluan selepas berlakunya kematian ahli sebanyak RM500 dan RM1000 seterusnya)


Cara Mendaftar:

1. Muat turun borang pendaftaran Skim Kifaalah Warga Emas dari laman web kifaalah.com.my atau dari penghulu kampung/mukim anda.
2. Sediakan salinan fotostat kad pengenalan diri dan penama 
3. Isi borang maklumat diri dan penama di dalam borang Skim Takaful Kifaalah Warga Emas
4. Serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada penghulu kampung/mukim anda.

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Kifaalah Sdn Bhd;

KIFAALAH SDN BHD
No. 4703-B Taman Maju, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Tel : 09-7476336 | Fax : 09-7476226

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

atau isi borang pertanyaan online kami di sini