Skim Takaful Wang disediakan untuk mengendalikan pembayaran gantirugi kepada peserta sekiranya wang peserta yang dilindungi hilang dicuri dari dalam premis perniagaannya atau semasa di dalam perjalanan dari bank ke pejabat atau sebaliknya.
Walaupun saiz operasi perniagaan sesebuah organisasi itu agak kecil atau sederhana, adalah amat penting untuk organisasi tersebut mendapatkan perlindungan ini.
Manfaat
Pada asasnya sijil ini memberi kan perlindungan seperti berikut:
Seksyen A
Kehilangan wang di dalam perjalanan dari bank ke premis perniagaannya atau sebaliknya. Jika wang untuk pembayaran gaji, perlindungan adalah sehingga selesai pembayaran gaji.
Seksyen B
Kehilangan wang yang disimpan di dalam peti besi atau laci yang berkunci akibat daripada kecurian atau pecah masuk.
Seksyen C
Kerosakan kepada peti besi atau bilik kebal akibat daripada perbuatan pecah tersebut.
Sijil perlindungan ini juga memberikan perlindungan tambahan kemalangan diri kepada warga kerja peserta yang ditugaskan untuk membawa wang tersebut.