Skim Kifaalah Warga Emas

Skim Kifaalah Warga Emas yang dikendalikan oleh oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kifaalah Sdn Bhd, anak syarikat penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah memasuki tahun ke11 pelaksaanannya  semenjak ia dilaksanakan sejak tahun 2007

Program Skim Kifaalah warga Emas  ini yang telah dilancarkan pada 19 Muharram 1428H bersamaan 7 Februari 2007 merupakan cetusan idea dari YAB Tuan Guru  Dato’ Bentara Setia Menteri Besar sendiri sejajar dengan peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan Sejahtera 2007 oleh kerajaan negeri. Ianya mercu tanda kejayaan Bajet 2007 dan nukilan kelangsungan program berkebajikan Kerajaan Negeri Kelantan dengan konsep “Membangun Bersama Islam”.

 

 

Hasilnya, Kifaalah Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan ditubuhkan untuk mengendalikan program ini dengan bertapak pengoperasiannya di pejabat Tabung Amanah Tok Kenali . Kifaalah dan Tabung Amanah Tok Kenali saling berganding bahu menggerakkan pendaftaran warga emas dengan “ Program Turun Dun “ dengan memacu pendaftaran yang agresif dan taklimat ke seluruh pelusuk negeri . Sinergi paduan kerjasama dua ejensi ini mengorak kejayaan Program Kifaalah Warga Emas di peringkat awal bersama gandingan ampuh dan erat dari Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) beserta pimpinan akar umbi di Dun iaitu para penghulu, pegawai halaqat dan jentera Majlis Tindakan Dun masing-masing di seluruh negeri Kelantan.

Kini, kebanggaan program ini merupakan lambang kejayaan program Kelantan Negeri Berkebajikan , di mana lebih 80% warga Emas di Kelantan telah mendaftar dengan sejumlah 114485 peserta  sehingga 30 June 2011. Jumlah yang telah dibayar melebihi 47 juta dengan memanfaatkan 20539 wasi yang telah menerima sumbangan daripada Kerajaaan Negeri melalui Kifaalah. Sebahagian peserta termasuk peserta bukan Islam memilih untuk menyalurkan sumbangan yang diterima untuk dikhairatkan sebagai amal jariah mereka dengan diderma atau diinfakkan kepada  Badan Amal & kebajikan , NGO, masjid institusi Tahfiz.


Cetusan idea Tuan Guru Tuan Guru Dato Bentara Setia melalui program ini telah melebar ke negeri Pakatan Rakyat selepas pilihanraya 2008 di mana program seumpamanya telah dilaksankan di Selangor di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Kafalah Kedah, di negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang dengan Program Penghargaan Warga Emas( PPWE) Ianya merupakan di antara ratusan perubahan yang telah dilaksanakan bagi memperteguhkan agenda negeri berkebajikan di Kelantan sejak 21 tahun yang lalu pemerintahan Membangun Bersama Islam.  Semua rakyat Kelantan dan pemastautin yang menjadi pengundi di Kelantan layak menyertai skim ini termasuk anak Kelantan di perantauan yang terus setia berduyun-duyun untuk pulang ke kampung dalam menunaikan tanggungjawab semasa pilihanraya.

Manfaat yang diperolehi oleh ahli keluarga warga emas sekiranya berlaku kematian ialah sebanyak RM 1500.00, dimana sumbangan awal RM500 disalurkan oleh YB ADUN samada di hari kematian atau tempoh terdekat berdasarkan pengurusan di pihak pejabat ADUN/Wakil Rakyat.Inilah penghargaan kepada rakyat dalam pelbagai program demi kesejahteraan bersama dalam kekangan kewangan kerajaan agar segenap lapisan masyarakat dapat menikmati naungan kerahmatan pemerintahan yang cakna rakyat.Malah pelbagai program beragendakan kebajikan diperkenalkan saban tahun antaranya dalam Bajet Penyayang 2011 diperkenalkan pula Skim Gerbang Az-Ziwaaj , bantuan rakyat miskin untuk berkahwin dan Skim Al-It’am, iaitu bantuan beras bulanan kepada rakyat termiskin melibat bajet RM1.5 juta untuk setiap program.

Skim Kifaalah Warge Emas menggerakkkan pendaftaran secara berterusan sepanjang tahun yang digerakkan dan diperkasakan kepimpinan rakyat di akar umbi iaitu melalui penghulu dan pejabat Pusat Khidmat Masyarakan ADUN /Wakil Rakyat atau pendaftaran terus melalui pejabat Kifaalah  di 5393-E , Taman Hilal Jalan Telipot Kota Bharu Kelantan , Tel:- 09-7476336 , Fax :- 09-7476226 , email :- This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari laman web kami di  www.kifaalah.com.my

Dalam menggerakkan operasinya dengan 15 kakitangannya yang diketuai oleh, Tuan Hj Abdul Shakur Sharrie, Kifaalah berkembang dan memacu operasinya dalam menawarkan pelbagai perkhidmatan berteraskan Takaful dan perancangan kewangan Islam yang holistik . Kini selain daripada Skim Kifaalah Warga Emas. Kifaalah Sdn Bhd kini  juga menawarkan skim perlindungan Takaful Am, Takaful Keluarga dan produk kewangan Islam yang lain.

Kifaalah Sdn Bhd juga merupakan agensi korporat Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas. Disamping itu program-program kesedaran kewangan Islam samada perancangan kewangan , Takaful , pelaburan dan perancangan pusaka turut dipelopori dengan pelbagai penganjuran seminar , ”eksekutif talk ” dan wacana .
Menjelang Ramadhan 1432H , dalam mempelbagaikan perkhidmatan dan jaringan produk Takaful yang tidak hanya untuk warga Emas , Kifaalah bakal melancarkan Skim Kafaalah Khairatul Ummaah untuk peserta antara 18-65 tahun dan Skim Takaful Khas untuk kakitangan kerajaan iaitu, Skim Kafaalah Takaful Ikhwan. Program ke akar umbi secara berterusan dijalankan dalam mewar-warkan pelbagai perkhidmatan Kifaalah beserta Program Turun Dun penyampaian cek Kifaalah samada melalui program Cakna Rakyat, Pemimpin Bersama Masyarakat atau Program Kifaalah Bersama Dun