Akta Pampasan 1952 (dipinda Ogos 1996) Seksyen 26(2), ianya adalah mandatori bagi setiap majikan untuk melindungi semua pekerja asing mereka dengan skim insurans / takaful yang dikenali sebagai Skim Perlindungan Pekerja Asing yang telah disahkan. Jika gagal untuk menyediakan perlindungan skim insurans/takaful, majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara untuk jangka masa yang tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Manfaat
Seksyen 1 – Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal
Manfaat seperti yang disediakan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952:-
Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM25,000.00 disebabkan oleh kemalangan ketika waktu bekerja.
Seksyen 2 - Perbelanjaan Penghantaran Balik
Perbelanjaan Penghantaran Balik sehingga RM4,800.00 merangkumi kos penghantaran balik pekerja asing ke negara asal disebabkan Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal.
Seksyen 3 - Kemalangan Peribadi (di luar waktu bekerja)
a) |
Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM23,000.00 |
b) |
Kehilangan Upaya Separa Kekal - mengikut jadual Hilang Upaya Kekal di bawah Jadual Pertama Akta |
c) |
Hilang Upaya Sementara |
d) |
Perbelanjaan Perubatan |