Kerugian Turutan

Print Email

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Mengendalikan bayaran gantirugi berhubung kerugian disebabkan oleh sebarang kejadian yang dilindungi di bawah Skim Takaful Kebakaran yang berlaku semasa tempoh Takaful.

 

Manfaat

Sijil perlindungan kerugian turutan ini akan hanya membayar kerugian sekiranya sijil takaful kebakaran mengesahkan yang tuntutan dibawah takaful kebakaran adalah sah dan boleh dibayar gantirugi.

Perlindungan takaful kerugian turutan ini hanya boleh dibeli bersama dengan takaful kebakaran.

Indemniti yang diberikan adalah seperti berikut:-

  • Kerugian pendapatan/untung akibat daripada penurunan/susutan pendapatan perniagaan.

Pertambahan kepada kos pengeluaran akibat daripada kerugian yang dialami setelah berlakunya kebakaran atau kemusnahan yang dilindungi oleh sijil takaful kebakaran.