Skim Takaful Semua Risiko Pembinaan memberikan perlindungan Takaful ke atas pembinaan dan pemasangan peralatan dan jentera termasuk ujian operasi dan ujian muatan.
Manfaat
Skim Takaful Semua Risiko Pembinaan memberikan perlindungan yang dikhaskan untuk kerja-kerja membina dan memasang mesin dan peralatan. Ini adalah lebih kepada kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Perlindungan ini termasuk juga perlindungan semasa pengujian dan perlaksanaan.
Jenis Perlindungan
SekyenI - Kerosakan material
-
Bagi kerosakan yang boleh dibaiki, kos yang diperlukan bagi mengembalikan item kepada keadaan seperti sebelum berlakunya kerosakan salvaj, atau
-
Bagi kerugian menyeluruh - nilai sebenar item sebelum berlakunya kerugian
Seksyen II - Liabiliti atas kerosakan harta benda atau kecederaan terhadap anggota pihak ketiga.
-
Segala kos dan perbelanjaan litigasi yang dibuat oleh pihak menuntut kepada Peserta dan
-
Segala kos dan perbelanjaan yang dikenakan dengan kebenaran bertulis daripada Syarikat
Dengan syarat ianya tidak melebihi Jumlah Perlindungan yang diberikan.