Semua Risiko Peralatan

Print Email

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim Takaful Semua Risiko Peralatan (Equipment All Risks Takaful - Mobile & Static) memberikan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian harta benda.

Perlindungan ini hanya sesuai bagi melindungi peralatan industri.

 

Manfaat

Skim takaful Semua Risiko Peralatan (Equipment All Risks Takaful - Mobile & Static) memberikan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta benda diakibatkan:

  • Kemalangan, pelanggaran atau terbalik akibat kesan elektrikal atau mekanikal atau haus dan lusuh (wear and tear).

  • Kebakaran, letupan, terbakar atau kilat.

  • Kecurian atau pecah rumah.

  • Kerosakan akibat kemalangan.

  • Banjir, ribut taufan atau puting beliung.

 

Barang-Barang Yang Dilindungi

  • Peralatan Bergerak - semua kenderaan yang tidak mempunyai cukai jalan seperti traktor, jentolak, jengkaut, penggorek dll. Umur kenderaan hendaklah tidak melebihi 5 tahun.

Peralatan Setempat - semua mesin dan alatan yang digunakan dalam sektor industri pembuatan dan perkilangan (tidak termasuk peralatan pejabat)