Takaful Kemalangan Diri Berkelompok

Print Email

imej atas keluargaMenyediakan perlindungan bagi kemalangan diri bagi mana-mana orang perseorangan yang berumur antara lapan belas (18) hingga enam puluh lima (65) tahun dan juga perlindungan berkelompok untuk organisasi, syarikat, sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Jenis-jenis Perlindungan Kemalangan Diri yang ditawarkan:

  • Perlindungan Kemalangan Diri Individu

  • Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok

    • Organisasi, syarikat, persatuan

    • Sekolah Rendah/Tadika

    • Sekolah Menengah

    • Universiti/Kolej

  • Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA)

  • Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu & Penumpang

  • Kenderaan Persendirian.

  • Pakej Umrah dan Ziarah

Manfaat

Berikut adalah manfaat yang diberikan di bawah skim ini:

 

Kematian akibat kemalangan

Disebabkan oleh kemalangan semata-mata dan bukan oleh sebab-sebab lain, kecuali penyakit yang disebabkan secara langsung dari rawatan atau rawatan pembedahan yang dikira perlu bagi kecederaan tubuh badan, kematian serta merta atau kematian yang berlaku dengan syarat kematian atau kehilangan upaya hayat yang dilindungi adalah dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalangan.

 

Hilang Upaya / Kecatatan

Hilang Upaya/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan.


Syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.

Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali; bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan semula.

 

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh ( Manfaat Mingguan )

Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.


Hilang Upaya Sementara Menyeluruh bermaksud seseorang yang hilang upaya secara menyeluruh buat sementara waktu yang menghalangnya melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas bagi memperolehi upah atau keuntungan disebabkan kemalangan.

 

Hilang Upaya Sementara Separa ( Manfaat Mingguan )

Skim ini juga dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Ini bermaksud hilang upaya yang dialami adalah hanya kepada sebahagian daripada anggota badan.


Perbelanjaan Perubatan

Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

Perbelanjaan ini tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh syarikat