Semua Risiko Kontraktor

Print Email

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim ini merupakan perlindungan semua risiko kepada kerja-kerja pembinaan yang dilakukan oleh peserta.

Ini bermakna mana-mana risiko yang tidak dikecualikan adalah dilindungi, termasuk kerosakan fizikal secara tiba-tiba dan tidak diduga oleh sebarang sebab.

 

Manfaat

Ia melindungi kerosakan material disebabkan oleh:

  • Kebakaran, kilat, kerosakan disebabkan kejatuhan pesawat, letupan dan pemadaman air

  • Kerosakan tanpa disengajakan ketika pembinaan

  • Runtuh, roboh, hentakan

  • Rompakan, kecurian, perbuatan hasad dengki

  • Kerosakan disebabkan air, banjir, ribut, taufan

  • Kerosakan mekanikal/elektrikal dan letupan

  • Kerosakan disebabkan kecatatan material, kerangka, kemahiran kerja, rekabentuk, pelan dan spesifikasi, kurang mahir, kecuaian/kesilapan manusia.

  • Gelinciran, tanah runtuh, siklon, tornado, taufan, ribut, gempa bumi, letupan gunung berapi.

  • Kontraktor juga dilindungi daripada liabiliti terhadap pihak ketiga, tertakluk kepada jumlah yang dinyatakan.

 

Jumlah Perlindungan

Ia mestilah sama dengan jumlah kontrak yang diluluskan/diputuskan ditambah nilai mana-mana bahan pembinaan dibekalkan oleh prinsipal dan/atau kerja tambahan dibuat oleh kontraktor. Ia temasuk harta benda sedia ada dan kerja-kerja sementara.

Perlindungan dibawah Takaful Semua Risiko Kontraktor (CAR) dibahagikan kepada dua seksyen:

Seksyen I - Kerosakan Material

Memberi perlindungan kepada sebarang kejadian yang berlaku dengan tiba-tiba dan tidak diketahui yang memusnahkan kerja-kerja fizikal yang sedang dijalankan dan daripada punca yang tidak dikecualikan oleh sijil perlindungan ini.Had liabiliti syarikat adalah sehingga had yang telah ditentukan didalam jadual perlindungan dan ditolak ekses yang dikenakan.


Seksyen II - Liabiliti Pihak Awam

Bahagian ini memberi perlindungan kepada peserta diatas segala liabiliti yang mana mereka dipertanggung jawabkan oleh pihak awam diatas segala perbuatan mereka dalam menjalankan kerja-kerja yang dilindungi termasuk:

i)Kemalangan dan kecederaan kepada pihak awam atau penyakit

ii)Kemalangan atau kerosakan kepada harta benda awam yang berlaku didalam kawasan Seksyen I sijil perlindungan ini.

Pembayaran indemnity termasuk juga:

  • Bayaran dan kos guaman yang dituntut peserta

  • Segala bayaran dan kos guaman yang telah dipersetujui dengan bertulis oleh syarikat.