| |
imej atas keluarga

Skim Takaful Pemilik Rumah Kediaman Jangka Panjang melindungi kehilangan atau kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan bangunan (rumah kediaman) pada bila-bila masa dalam tempoh takaful

 

Perlindungan komprehensif untuk kediaman dan/atau termasuk isi kandungannya.

Perlindungan Harta Penerima biaya /Peserta

(1)

Kebakaran, kilat, halilintar dan kebakaran bawah tanah .

(2)

Letupan tong gas domestik.

(3)

Kerosakan akibat pesawat udara.

(4)

Pelanggaran/ hentaman oleh kenderaan luar.

(5)

Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali :

  • RM50.00 yang pertama.

  • Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot.

  • Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri.

(6)

Kerosakan akibat pencerobohan/Kecurian akibat dipecah masuk

(7)

Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap.

(8)

Gempa bumi dan letupan gunung berapi.

(9)

Banjir.

(10)

Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaikpulih.

(11)

Tangungan awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di dalam kawasan rumah.

Pengecualian

(1)

Peperangan, pemberontakan, rusuhan.

(2)

Arahan pengambilalihan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan.

(3)

Kebocoran peralatan nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.

(4)

Pemendapan tanah dan tanah runtuh.

Share
Joomla templates by Joomlashine