| |

PerutusanCEOnew

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

وَالَّذينَ جٰهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ﴿٦٩﴾

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

Surah al-Ankabut, ayat 69

Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam sejahtera buat junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, pembimbing ummah, selawat dan salam juga untuk seluruh ahli keluarga Baginda, para tabi'in dan generasi penerus risalah dan penyebar sunnah sehingga ke akhir zaman.

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke laman portal rasmi PMBK. Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, kami komited bagi menyediakan portal yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatan kami.

Sebagai sebuah Syarikat Pelaburan Kerajaan Negeri, PMBK berpegang kepada prinsip bahawa kami bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri Kelantan.  Kami juga diamanahkan untuk menerokai bidang baru melalui pembentukan anak syarikat dan pemerolehan keefisienan melalui sumber sedia ada. Berlandaskan nilai-nilai Islam, kami pastikan perniagaan yang kami jalankan berasaskan prinsip-prinsip keadilan, kecekapan dan integriti. Pulangan yang diterima akan diedarkan melalui program komuniti untuk rakyat Kelantan.

Dalam memacukan langkah bagi membawa PMBK untuk muncul sebagai sebuah badan korporat yang berjaya, kami memastikan pembangunan potensi kemahiran dan peningkatan prestasi sentiasa ditekankan sehaluan dengan persaingan di sekitar kami. Oleh itu, pembudayaan penggunaan ICT (Laman Portal Rasmi PMBK) ini dipupuk sebagai usaha positif yang menyokong objektif kami.

Saya berharap Laman Portal Rasmi PMBK ini dapat memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri di dalam mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Selamat melayari laman portal kami

“Islam Dijulang, Raja Dijunjung, Rakyat Disanjung”

“Membangun Bersama Islam – Kelantan Menerajui Perubahan”

Sekian, wassalam.

ABDUL RASHID MOHD YUSOFF
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN

Share
Joomla templates by Joomlashine