| |
imej atas keluargaGroup Term Takaful pelan pembaharuan tahunan yang ditawarkan kepada sekumpulan orang yang berada di bawah satu polisi induk. Pelan ini dicipta untuk memberi perlindungan kepada ahli-ahli yang menyertai perkumpulan menggunakan kaedah pengunderaitan dan harga yang telah dipermudahkan.

Para peserta selalunya adalah ahli kepada :

  • Kumpulan Pekerja

  • Kumpulan Persatuan

  • Lain-lain kumpulan yang dibentuk untuk tujuan selain daripada pembelian insurans.

 

Para peserta/ahli-ahli yang menyertai pelan akan dilindungi daripada segi kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka seperti berikut bergantung kepada jenis perlindungan yang diambil:

  • Kematian (Biasa & Kemalangan)

  • Kehilangan Upaya Menyeluruh ((Biasa & Kemalangan)

  • Manfaat Perbelanjaan Pengkebumian

 

Kelebihan membeli untuk para pekerja atau ahli-ahli:

  • Untuk menampilkan imej prihatin majikan/persatuan

  • Untuk meningkat moral dan proktiviti para pekerja

  • Untuk menarik minat bekerja dan mengekalkan para pekerja atau ahli-ahli

  • Untuk menikmati pengurangan cukai

  • Untuk memenuhi permintaan semasa rundingan perburuhan.

 

Manfaat

Kematian

  • Menawarkan perlindungan atas semua sebab kematian.

Manfaat selalunya akan diberi secara bayaran sekaligus berdasarkan gandaan ke atas gaji terakhir atau Jumlah Perlindungan Yang Ditetapkan.

Share
Joomla templates by Joomlashine