| |
IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim Takaful ini memberi perlindungan kepada para majikan terhadap sebarang tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh pekerja-pekerja mereka bersabit dengan kecerderaan atau penyakit yang mereka alami yang berpunca daripada kelalaian atau dengan sengaja menyediakan persekitaran dan tempat kerja yang tidak mengikut peraturan dan kurang sempurna.

 

Manfaat

Sijil perlindungan ini akan membayar pampasan kepada pekerja-pekerja sekiranya:

  • Majikan adalah lalai dalam menjalankan tanggung jawab mereka

  • Majikan telah gagal memilih pekerja-pekerja yang mahir atau berpengalaman untuk menjalankan sesuatu tugas

  • Majikan telah gagal menyediakan peralatan yang sempurna dan perlu bagi menjalankan sesuatu tugas

  • Majikan gagal menyediakan satu tempat kerja yang sempurna dan selamat

Majikan telah gagal menyediakan satu jadual kerja yang teratur dan selamat

Share
Joomla templates by Joomlashine