Dandang & Bejana Tekanan

Print Email

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim Takaful Dandang dan Bejana Tekanan (Boiler And Pressure Vessel Takaful) ini memberikan perlindungan Takaful ke atas kerosakan atau kecederaan disebabkan oleh letupan atau kerobohan dandang atau bejana tekanan yang berlaku semasa operasi biasa.

 

Manfaat

Syarikat akan mengendalikan pembayaran ganti rugi kepada Peserta bagi:

  • kerosakan dandang atau bejana tekanan dan lain-lain harta benda Peserta (disebabkan kejadian selain daripada kebakaran)

  • Liabiliti Peserta bagi kerosakan harta benda bukan milik Peserta

  • Liabiliti Peserta bagi kecederaan maut atau bukan kecederaan maut yang dialami seseorang selain daripada pekerja atau ahli keluarga Peserta

Dengan syarat ianya tidak melebihi Jumlah Perlindungan yang diberikan.


Peralatan Yang Dilindungi

Peralatan yang boleh dilindungi di bawah Sijil ini adalah:

  • Dandang

  • Economiser

  • Superheater cylinder

  • Steam pressure digester

  • Autoclave steam oven

  • Hot water heating boiler, piping & radiator sebarang peralatan yang menggunakan tekanan wap, air, bendalir