f t g m
Copyright 2017 - Custom text here

Kerosakan Jentera

IMEJ ATAS TAKAFUL AM 

Takaful Kerosakan Mesin ini adalah skim yang memberikan perlindungan kepada mesin dan juga peralatan mekanikal semua jenis motor elektrik yang kecil sehinggalah kepada turbo alternator yang besar yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik dijanakuasa-janakuasa yang besar.

Manfaat

Ianya memberikan perlindungan kepada:

  • kerosakan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diketahui

  • kerosakan yang terjadi akibat daripada ketidaksempurnaan dalam pembuatan peralatan,

  • kesilapan dalam rekabentuk,

  • kesilapan semasa pemasangan di bengkel atau semasa pemasangan di kilang,

  • pekerja yang tidak mahir,

  • kelalaian,

  • kekurangan air di dalam dandang, letupan, pecah dan terkoyak akibat kuasa centrifugal,

  • litar pintas daripada sebarang punca yang tidak dikecualikan di dalam sijil perlindungan,

Yang mana kerosakan ini memerlukan pembaikan dan pemulihan atau penggantian tetapi tidak termasuk sebarang kerosakan yang berpunca daripada haus lusuh.

Perlindungan kerosakan mesin ini hanya bermula selepas mesin itu siap dipasang sepenuhnya dan telah melalui proses percubaan dan pentauliahan. Perlindungan

adalah semasa di dalam pekerjaan, semasa berhenti, semasa dibuka untuk pembaikan, pembersihan atau overhaul.

Share