f t g m
Copyright 2017 - Custom text here

Kebakaran

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim Takaful Kebakaran memberikan perlindungan Takaful ke atas harta benda seperti bangunan kediaman, kedai, kompleks membeli belah, kilang perindustrian dan apa jua bentuk premis perniagaan dan juga isi kandungannya.

 

Manfaat

Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kepada harta benda yang dilindungi akibat kebakaran, kilat/petir atau letupan domestik.

 

Peril Bersekutu (Allied Perils)

Perlindungan Takaful ini boleh dilanjutkan dengan sumbangan tambahan bagi melindungi kerugian atau kerosakan akibat perkara-perkara berikut:

  • Rusuhan, pemogokan dan kerosakan akibat perbuatan niat jahat

  • Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya

  • Perlanggaran ke atas bangunan atau hartabenda yang dilindungi oleh sebarang kenderaan jalanraya atau haiwan

  • Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air di dalam bangunan yang dilindungi

  • Ribut dan taufan

  • Gempa bumi dan letupan gunung berapi

  • Banjir

  • Gelinciran tanah dan tanah runtuh (subsidence & landslip)

  • Letupan.

  • Pemasangan peralatan elektrik

  • Pembakaran spontan

  • Kebakaran lalang/belukar

  • Kerosakan akibat pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya

 

Terdapat lain-lain Peril Bersekutu yang boleh dipertimbangkan oleh Syarikat.

Sebarang penambahan Peril Bersekutu perlu mendapat Kelulusan/Kebenaran daripada Syarikat .

Share