f t g m
Copyright 2017 - Custom text here

Takaful Perjalanan

Pengenalan

Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful Perjalanan, salah satu produk takaful yang  menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga adalah produk yang bersesuaian untuk anda yang mahukan ketenangan untuk pengembaraan, percutian atau program yang anda anjurkan.

Manfaat

Manfaat perlindungan yang ditawarkan :

  • Kematian atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
  • Bantuan Segera Perbelanjaan Pengebumian
  • Pembatalan atau Pemendekan Perjalanan
  • Perlindungan Bagasi
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Perbelanjaan Hospital
  • Liabiliti Persendirian

Sumbangan

Sumbangan untuk produk ini bermula dengan kadar serendah RM 3.00/peserta*

Hanya pilih pelan yang diingini dan anda akan dilindungi sepanjang percutian, pengembaraan, dan perjalanan anda. Dengan TAKAFUL PERJALANAN, anda mengembara ke mana sahaja dengan fikiran yang tenang

Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan meklumat lanjut mengenai jadual manfaat dan pelan sumbangan

*Sumbangan keseluruhan ini tidak termasuk setem duti dan caj perkhidmatan. Sebutharga penuh akan diberi selepas mendapat bilangan dan nama peserta.

Penyertaan

Untuk menyertai skim perlindungan TAKAFUL PERJALANAN ini, sila berikan maklumat berikut kepada kami ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.):

  1. Nama Organisasi Penganjur / Nama Person-in-Charge (PIC)
  2. No Pendaftaran Organisasi / No K/P PIC
  3. No Telefon Organisasi / No Telefon PIC
  4. Alamat Penuh Organisasi / Alamat Penuh PIC
  5. Senarai Nama Penuh Peserta beserta No Kad Pengenalan (jika tiada KP, berikan no surat beranak atau no pasport berserta tarikh lahir)

Senarai ini boleh diberi secara softcopy dalam Ms Word atau Ms Excel kepada pegawai kami di  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Terima Kasih Kerana Berurusan Dengan Kami.

KIFAALAH SDN BHD

No Tel : 09-747 6336     No Faks : 09-747 6226

Share