Apabila Firaun mengkafirkan Nabi Musa Thursday, 04 January 2018 KISAH-kisah sejarah di dalam al-Quran kekal segar untuk dirujuk, kerana ia menceritakan tabiat manusia dengan pelbagai wajah. Kitaran sikap dan perangai watak-watak di dalam al-Quran akan turut kekal seperti kekalnya kitab suci tersebut. Nabi Musa vs Firaun Allah menceritakan betapa gigih dan tegasnya Nabi Musa A.S memperingatkan kepada Firaun berkenaan batasan iman dan kufur. Nabi Musa menawarkan khidmat tunjuk ajar kepada Firaun agar dia kembali insaf: فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَىٰ أَن تَزَكَّىٰ • وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ "Maka katakanlah kepada Firaun: "Adakah kamu ingin menyucikan dirimu dari kesesatan? • Dan mahukah aku tunjukkan kepadamu jalan Tuhanmu agar engkau...
Read More...
Membina agama dalam diri Sunday, 31 January 2016 Agama adalah paling bernilai dalam kehidupan ini. Ia paling diperlukan terutama ketika ia dilihat paling tidak diperlukan. Ketika manusia dalam kemabukan dunia yang melekakan, hanya agamalah yang mampu menariknya keluar dan menyelamatkannya daripada terjunam ke lembah kecelakaan yang dalam.Agama adalah nilai diri yang sebenar. Ia mendahului akhlak, apatah harta dan pangkat. Pada pandangan pertama, manusia dilihat dan dinilai pada kedudukan lahiriyahnya seperti kekayaannya dan kedudukannya. Tetapi lama kelamaan mereka dibenci kerana akhlaknya buruk. Masyarakat perlukan hartawan yang dermawan dan budiman.Tetapi akhlak yang baik akan buntu di hujung tanpa sampai ke puncak yang diimpikan manusia. Akhlak menghubungkan sesama manusia untuk berkongsi kehidupan dengan sejahtera. Tetapi manusia...
Read More...
Fahami konsep nasihat Monday, 28 December 2015 APABILAsaya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi. Maka, yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah. Di sini saya kemukakan huraian Al-Quran dan Sunnah yang menjadi perkara dasar yang tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS.PAS menetapkan supaya setiap majlisnya, usrah, perjumpaan besar dan kecil ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr, di dalamnya ayat yang menegaskan betapa konsep nasihat sangat penting kepada Jamaah Islam dan ummatnya dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak temasuk musuh yang paling zalim. Ini kerana mesejnya kepada seluruh manusia, firman...
Read More...
Bersediakah Kita Dengan Fitnah Kubur? Sunday, 01 November 2015 Menurut pandangan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, sebaik saja kita mati dan dikuburkan, kita akan menghadapi satu fitnah iaitu: Fitnah Kubur Fitnah ini tidak sama seperti fitnah yang kita faham di dunia. Kita faham fitnah di dunia ni ialah kata dusta atau tuduhan palsu yg dilemparkan kepada kita. Dalam konteks Fitnah Kubur pula, fitnah tuujian. Maksud fitnah kubur itu juga dijelaskan sebagai pertanyaan dua Malaikat. Itu adalah ujian untuk mayat ketika dua Malaikat menanyakannya.(Al Irsyad ila Shahihil I’tiqad, hal. 313) Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi SAW selalu berdo’a: “Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaan-Mu dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur”.Sahih Bukhari 6014 Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h...
Read More...
Bencana Alam Kifarah Bagi Orang Beriman Wednesday, 07 January 2015 Apakah gempa bumi melanda balasan Allah SWT kepada penduduk yang semakin jauh menyimpang daripada jalan dibawa Nabi Muhammad SAW? Musibah atau tragedi seperti banjir besar, gempa bumi serta bencana alam lain yang berlaku memang ada sebab musababnya dan semua dapat difahami dengan mengkaji ayat Allah SWT yang menjelaskan kejadian berlaku itu. Katanya, dalam konteks gempa bumi yang mengakibatkan kemusnahan teruk dan ia perlu dilihat sebagai ujian didatangkan sebagai azab bagi yang kufur dan musibah kepada golongan beriman. Beliau memetik firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman). Sampaikan berita gembira kepada...
Read More...