Kecurian

Print Email

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Skim Takaful Kecurian ini memberi perlindungan Takaful kepada peserta sekiranya harta benda peserta hilang atau rosak akibat daripada kecurian atau pecah rumah.

Sijil ini diterima pakai untuk rumah kediaman dan juga premis komersial.

 

Manfaat

Pada asasnya ianya memberikan perlindungan seperti berikut:

  • Kecurian dan/atau pecah rumah yang diikuti dengan kesan ganas yang nampak jelas untuk masuk atau keluar dari premis yang dilindungi (premis tidak termasuk halaman, taman, varenda dan bangunan luar atau apa-apa peralatan berkaitan)

  • Kerosakan kepada premis semasa kejadian kecurian dan pecah rumah berlaku (tertakluk kepada had yang ditentukan)

 

Nota: Skim Takaful Kecurian hanya boleh disertai bersama Takaful Kebakaran