Ulama berjaya melahir pentadbiran Islam

Print Email


KOTA BHARU: Kelantan terbukti berjaya melahirkan pentadbiran secara Islam, kata pendakwah nusantara Ustaz Abdul Somad.

Katanya, hasil pengamatannya sejak sampai ke Kelantan mendapati, negeri itu telah mencorakkan Islam dalam pentadbirannya.

"Bukan itu sahaja ada di antaranya pula iklan yang modelnya lelaki, itu yang sebetulnya bukan mengambil kesempatan menggunakan wanita," katanya pada pidato yang bertajuk Menegakkan Islam Tanggungjawab Semua sempena Hari Murabbi Ummah di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakub. Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato' Mohd Amar Abdullah, Penasihat Undang-Undang negeri Dato' Shahidani Abdul Aziz, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Lautan manusia kelihatan pada program tersebut yang memenuhi setiap ruang stadium.

Abdul Somad juga turut terpegun iklan yang terdapat di negeri itu mempamerkan wanita menutup aurat.

“Apa yang terdapat di negeri ini hasil bimbingan ulama yang memimpin sehingga sekarang. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah merentasi apa yang diperolehi rakyat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/2/2019

please publish modules in offcanvas module position