Pekerja Asing

Print

IMEJ ATAS TAKAFUL AM

Akta Pampasan 1952 (dipinda Ogos 1996) Seksyen 26(2), ianya adalah mandatori bagi setiap majikan untuk melindungi semua pekerja asing mereka dengan skim insurans / takaful yang dikenali sebagai Skim Perlindungan Pekerja Asing yang telah disahkan. Jika gagal untuk menyediakan perlindungan skim insurans/takaful, majikan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara untuk jangka masa yang tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Manfaat

Seksyen 1 – Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal

Manfaat seperti yang disediakan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952:-

Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM25,000.00 disebabkan oleh kemalangan ketika waktu bekerja.

Seksyen 2 - Perbelanjaan Penghantaran Balik

Perbelanjaan Penghantaran Balik sehingga RM4,800.00 merangkumi kos penghantaran balik pekerja asing ke negara asal disebabkan Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal.

Seksyen 3 - Kemalangan Peribadi (di luar waktu bekerja)

a)

Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM23,000.00

b)

Kehilangan Upaya Separa Kekal - mengikut jadual Hilang Upaya Kekal di bawah Jadual Pertama Akta

c)

Hilang Upaya Sementara

d)

Perbelanjaan Perubatan