Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia


Gadaijanji

Pelan Takaful Gadaijanji ini melindungi baki pembiayaan pembelian rumah seseorang individu semasa tempoh pembayaran beransuran kepada pembiaya. Pelan ini tiada unsure simpanan dalam perlindungannya.


Manfaat

Pelunasan baki pembiayaan dengan pembiaya apabila pembeli rumah meninggal dunia atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Perlindungan 24 jam seluruh dunia

Manfaat khairat kematian juga dibayar kepada waris bagi tujuan perbelanjaan pengkebumian.

Sekiranya hutang dilunaskan lebih awal dari tamatnya tempoh takaful, ia ditamatkan dengan pengembalian sumbangan belum digunakan ditolak kos dikenakan.


Tempoh / Sumbangan / Umur

Tempoh Perlindungan selalunya sama dengan tempoh pembiayaan dan termasuk tempoh penangguhan permulaan pembinaan rumah. Tempoh kontrak ialah di antara 5 hingga 35 tahun.

Sumbangannya ialah sekaligus dan kebiasaanya dimasukkan bersama pembiayaan.

Umur penyertaan adalah dari umur 18 tahun (tepat) hingga 55 tahun (harijadi akan datang).

Kadar sumbangan tertakluk kepada faktor di atas dan juga kadar keuntungan yang dikenakan oleh pembiaya.