profil korporat

Objektif

 

  • Menyediakan dan menawarkan perkhidmatan takaful kepada semua jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Kelantan beserta sektor korporat, swasta, badan amal dan lain-lain meliputi takaful am dan takaful keluarga.
  • Mengangkat Sistem perlindungan Kewangan Islam ( Takaful ) sebagai satu-satunya pilihan rakyat Kelantan dengan menidakkan Sistem konvensional berteraskan Riba.
  • Memastikan pendaftaran semua warga emas pemastautin di Kelantan dalam skim Kifaalah dan manfaat takaful diurus selia dengan cepat dan efisien dalam mempastikan kebajikan rakyat terbela.

Latarbelakang

Syarikat Kifaalah Sdn Bhd ditubuhkan pada 28hb Mac 2007 yang dipertanggungjawab untuk menjadi jentera penggerak kepada program Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

 

Peringkat awal Syarikat Kifaalah Sdn

Bhd bertanggungjawab untuk memproses borang-borang penyertaan Skim Takaful Kifaalah Warga Emas dan menyediakan pangkalan data berkaitan peserta Skim Takaful Kifaalah Warga Emas. Memandangkan ia mempunyai potensi untuk menjana pendapatan maka diperluaskan bukan hanya tertumpu kepada program warga emas tetapi menjalankan perniagaan Takaful.

 

Dilantik oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd sebagai wakil korporat dalam memasarkan dua jenis perniagaan takaful iaitu Takaful Am dan Takaful Keluarga.

Kifaalah Sdn Bhd kini turut berperanan di dalam pengurusan perlindungan takaful ke atas aset dan kepentingan bagi pihak kerajaan negeri Kelantan dan keseluruhan agensinya serta syarikat berkaitan kerajaan yang dahulunya diuruselia oleh Rowstead Systems Sdn Bhd.

Digerakkan oleh 7 tenaga kerja diperingkat Pengurusan dan 4 pembantu tadbir.

 


Carta Organisasi Kifaalah Sdn Bhd

 

 

organisasi

 

 

Visi dan Misi

 

VISI

Menjadi agensi korporat takaful yang utama kepada Kerajaan Negeri, agensi di bawahnya dan Kelantan keseluruhannya dalam usaha memperkasa agenda kebajikan Kerajaan Negeri , di mana kebajikan rakyat diutama, terbela dan keberkatan dicapai.

 

 

MISI

  • Menjadikan Kifaalah sebagai agensi tunggal dalam menawarkan perlindungan takaful ke atas aset dan harta Kerajaan Negeri Kelantan, dan juga kepada semua jabatan dan agensi di bawahnya .

  • Melonjakkan Kifaalah sebagai agensi terbaik di negeri Kelantan yang teguh , mapan dan berdaya saing

  • Menjadikan Program Takaful Kifaalah Warga Emas sebagai model program yang terbaik dengan perkhidmatan yang berkualiti , dinamik dan progresif sejajar wawasan kerajaan negeri.

 

 

SLOGAN SYARIKAT

KEBAJIKAN DIUTAMA KECAKNAAN BERSAMA”

More Articles ...