• all skim banner.png
takafulmotor2  sistemtakaful2 
takaful keluarga berkelompok   takaful kesihatan berkelompok   takaful kemalangan diri berkelompok   Ehsan
Klik unnamed untuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    klik unnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut

 

 

           
takaful kerja kontraktor   takaful kebakaran   takaful rumah   takaful rumah desa
 Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut.

 

 

           
tripcare   takaful kembara   takaful pekerja asing   takaful pembantu rumah
Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut. 

 

 

           
    takaful kemalangan diri   takaful motor    
    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.   Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    

Sokong cuti Jumaat dilaksanakan semua negeri

Print Email


KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk menyelaraskan cuti mingguan kepada hari Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja.

Keresahan yang timbul ialah majikan akan merasakan kerugian jika waktu rehat diberikan lebih lama daripada biasa dan kemungkinan lain seperti kesesakan jalan raya di mana melambatkan pekerja kembali ke pejabat.

Manakala di pihak pekerja pula merasa tertekan kerana terpaksa pulang tergesa-gesa ke tempat kerja disebabkan masa yang singkat dan tidak mahu ada konflik dengan majikan.

"Dilema ini boleh diatasi dengan memberikan keadaan menang-menang iaitu menyelaraskan cuti mingguan itu kepada Jumaat dan Sabtu," demikian pandangan ini dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau menyatakan demikian sebagai menyokong cadangan daripada PAS Kelantan melalui Ketua Penerangannya, Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud yang mencadangkan agar cuti mingguan diselaraskan bagi memudahkan majikan dan pekerja menunaikan amanah masing-masing.

"Walaupun bekerja pada hari Jumaat bukanlah dosa, tetapi ada hukum berkaitan jual beli ketika solat Jumaat berlangsung selain daripada majikan tidak membenarkan pekerja Muslim pergi ke masjid," kata Nassuruddin ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu.

Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu turut menyarankan agar kerajaan negeri lain untuk mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu yang menjadikan hari Sabtu sebagai hari keluarga.

“Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah mengikut jejak langkah Kelantan dengan mengisytiharkan Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga.

"Kita memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mengikuti kuliah ilmu dibeberapa tempat yang dikhaskan oleh kerajaan pada hari Jumaat, kerana bagi kerajaan, ilmu amat penting untuk diberikan kepada rakyat.

"Manakala pada hari Sabtu pula, banyak tempat-tempat menarik di Terengganu untuk dijadikan lokasi perkelahan bersama keluarga atau apa-apa akitiviti lain untuk mengeratkan hubungan mereka, dan menjana ekonomi peniaga-peniaga tempatan,” terang beliau.

Beliau juga yakin hal ini tidak akan menjadi polemik keagamaan kerana Malaysia mempunyai hampir 70 peratus penduduk beragama Islam, maka ianya adalah munasabah dilaksanakan dan Islam juga adalah agama rasmi negara.

Selain Kelantan dan Terengganu, Kedah dan Johor juga menetapkan cuti rasmi mingguan negeri pada hari Jumaat dan beliau percaya ia boleh dikembangkan lagi ke negeri-negeri lain. - HARAKAHDAILY 20/1/2019

       
 

  Kelantan Darul Naim pmbk LOGO ALL

sawitbiotechkelgoldpmbkdevaz zahabkumairkelmajarisihhatbtc

 RAKAN KORPORAT

 

    takaful Logo Takaful Ikhlas etiqa zurich

HUBUNGI KAMI

KIFAALAH SDN BHD,No.4703-B Taman Maju Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu, Kelantan,

Tel : +609-747 6336       Faks : +609-747 6226  

 
Copyright @ 2020 KIFAALAH SDN BHD. All Right Reserved