Pelancaran Skim Takaful Warga Emas Johor

Print

BATU PAHAT, 18 Sept – Badan Perhubungan PAS Johor telah membuat pelancaran Skim Kifaalah Warga Emas Johor. Dato’ Presiden telah melancarkan gimik pelancaran Skim tersebut dengan disaksikan oleh YB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan, Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan YB Amirolhuda Hassan, Pesuruhjaya PAS Johor.

Skim ini adalah gagasan dari kejayaan Skim Takaful Warga Emas Negeri Kelantan yang dijalankan oleh Kifaalah Sdn Bhd, sebuah GLC milik penuh PMBK. Pelancaran Skim Warga Emas Johor ini membuktikan keprihatinan PAS Johor kepada warga emas yang merupakan penyumbang terdahulu kepada pembangunan negeri Johor tanpa mengira bangsa dan agama.

Bersempena Muktamar ke  60 ini juga, PAS Pusat telah melindungi semua Perwakilan dan Petugas di bawah Skim Takaful Kemalangan Diri.

Skim KIfaalah Takaful ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen PAS dalam menjalankan agenda kebajikan kepada ahlinya apabila parti ini menjelaskan sepenuhnya bayaran caruman dan PAS Pusat menjadi pemegang amanah kepada perlindungan takaful ini.

Antara menafaat yang dapat dirasai ahli PAS melalui skim ini adalah RM5,000 bagi kematian dan keilatan kekal akibat kemalangan, RM500 untuk perbelanjaan perubatan akibat kemalangan dan elaun harian hospital akibat kemalangan sebanyak RM20.

Tempoh perlindungan bagi Skim Kifaalah Takaful adalah selama setahun bermula 13 Sept 2014 sehingga 12 Sept 2015. Ia boleh dituntut dengan memaklumkan notis dan aduan kemalangan secara lisan dan bertulis dalam pos berdaftar dalam tempoh 7 hingga 30 hari dari tarikh kemalangan. Aduan ini boleh dibuat oleh orang yang dilindungi atau warisnya kepada PAS Pusat