Kelantan tumpu pembangunan teknologi hijau

Print

 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memberi tumpuan perkembangan teknologi hijau memadangkan ia merupakan pemangkin terhadap pembangunan negara pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata, Kelantan memberi khusus terhadap pembangunan sektor tersebut.

"Ia juga sebagai satu usaha untuk menarik peluang pelaburan dalam bidang teknologi hijau.

"Oleh itu orang ramai dipelawa menceburi perniagaan tersebut yang berpotensi dan sedang berkembang pesat sekarang," katanya ketika merasmikan taklimat sektor terbabit di Dewan Perniagaan Cina Kelantan di sini hari ini.

Pada program itu taklimat peluang pelaburan dalam industri teknologi hijau disampaikan Bahagian Teknologi Hijau Mida Ibu Pejabat, manakala pembangunan tenaga boleh baru di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Taklimat mengenai penggunaan teknologi solar, peningkatan daya saing di ekonomi baru pula disampaikan oleh Plus Solar System Sdn Bhd.

Turut hadir pada taklimat terbabit Pengarah Pejabat MIDA Kelantan, Nik Mohd Faizal Nik Kamarudin dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Yap Heng Or. - HARAKAHDAILY 9/7/2018