• all skim banner.png
takafulmotor2  sistemtakaful2 
takaful keluarga berkelompok   takaful kesihatan berkelompok   takaful kemalangan diri berkelompok   Ehsan
Klik unnamed untuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    klik unnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut

 

 

           
takaful kerja kontraktor   takaful kebakaran   takaful rumah   takaful rumah desa
 Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut.

 

 

           
tripcare   takaful kembara   takaful pekerja asing   takaful pembantu rumah
Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut. 

 

 

           
    takaful kemalangan diri   takaful motor    
    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.   Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    

Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 – Menteri Besar Kelantan

Print Email

Kota Bharu – Dalam menjayakan urus tadbir yang cekap untuk kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada teras-teras dengan memperkukuhkan pembangunan insan berteras syariat Islam, memantapkan pentadbiran berasaskan integriti, akautabiliti dan kredibiliti serta merakyatkan pembangunan ekonomi yang mapan dan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2018 & Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kota Darul Naim semalam.

Katanya, pentadbiran awam di Negeri Kelantan sudah berada pada tahap yang sangat baik dan ia terbukti dengan anugerah-anugerah serta penarafan bintang yang telah diperolehi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri sama ada dalam pengurusan kewangan dan sebagainya.

“Kita tidak berpuas hati setakat itu sahaja. Bahkan kecemerlangan prestasi pentadbiran awam kita perlu dikekalkan dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan Kerajaan Negeri berhasrat bagi melahirkan penjawat awam yang profesional, kompeten dan berintegriti berasaskan pemahaman dan pembudayaan nilai Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqan(UMI).Kita tidak mahu adanya salahlaku, penyelewengan, pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan, pengabaian kerja, cuai dalam tugasan, ketirisan pengurusan kewangan, ponteng kerja dan pelbagai kelemahan lain dalam pentadbiran berpunca kelompangan jiwa daripada memiliki iman serta ilmu agama,” katanya.

Katanya lagi, pencapaian kadar KDNK Negeri Kelantan iaitu 4.8 peratus tahun 2016 perlu dikekalkan dan dipertingkatkan. Untuk itu, pembangunan ekonomi dan pelaburan negeri seharusnya mengambil tindakan yang proaktif dengan mempastikan usaha dan misi pelaburan yang dicetuskan sebelum daripada ini dapat dilaksanakan dan dijayakan sepenuhnya.

“Runding niaga berkaitan pembangunan hartanah, perdagangan sumber mineral, pembukaan kilang urea ammonia untuk penghasilan baja, industri tekstil dan pusat penyelidikan flora dan fauna yang diusahakan dengan negara Jepun, India dan UAE mestilah digerakkan dengan kesungguhan yang tinggi sehingga berjaya dilaksanakan.

Kita tidak mahu apa yang telah kita mulakan berakhir di pertengahan jalan dan saya menyeru pihak UPEN, PKINK, PMBK dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan negeri supaya mempastikan runding niaga tersebut berjaya,” katanya.

Tambahnya, pengurusan kewangan negeri yang mapan adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri. Oleh itu, kutipan hasil sedia ada hendaklah dipertingkatkan terutamanya melibatkan sektor perlombongan, pembalakan, kuari, pemindahan tanah pasir dan sumber air. Undang-undang dan garis panduan sudah sedia ada dan apa yang perlu jabatan dan agensi yang berkenaan fokuskan adalah penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut.

“Dalam soal perbelanjaan, setiap jabatan, agensi dan badan berkanun negeri hendaklah mengurus kewangan masing-masing secara berhemah dan bertanggungjawab.

Dasar penjimatan dan cermat dalam perbelanjaan seharusnya dihayati dan diamalkan oleh kita semua dan tidak boleh sewenang-wenangnya kita membelanjakan peruntukan yang disediakan tanpa melihat kepada keperluan yang sebenar. Kejujuran dan integriti kita dalam perbelanjaan kewangan Kerajaan Negeri adalah melambangkan maruah dan peribadi kita,” tambahnya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Kelantan merupakan negeri tertinggi yang memperuntukkan peratusan belanjawan tahunannya untuk sektor pendidikan dan dakwah. Ini kerana Kerajaan Negeri melihat sektor pendidikan sebagai sektor yang perlu diperkasakan bagi membasmi anasir negatif yang melanda anak muda pada zaman ini seperti gejala penyalahgunaan dadah, gejala pembuangan anak, gejala buli dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa, para pelajar dan anggota-anggota masyarakat juga mesti mengambil peranan masing-masing dalam mengukuhkan budaya ilmu dan pengetahuan bagi membasmi masalah kebejalan moral masyarakat.

“Kerajaan Negeri juga mengutamakan sektor pertanian dan ia merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi Negeri Kelantan. Percapaian sektor pertanian bagi Negeri Kelantan dibuktikan oleh peratusan sumbangan sektor pertanian Negeri Kelantan kepada peratusan aktiviti ekonomi bagi negeri-negeri di Malaysia adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kelantan juga berpotensi besar untuk membangunkan sektor pelancongan kerana mempunyai alam semula jadi dan tempat menarik yang boleh dijadikan destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri menerusi portfolio Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan telah merangka pelbagai persiapan dari segi infrastruktur pelancongan, produk-produk pelancongan dan acara-acara menarik dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kelantan,” tambahnya lagi.

Melalui Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) katanya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan program promosi sambung semula air secara percuma kepada rakyat Kelantan bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2017. Promosi ini bertujuan meningkatkan bilangan pengguna air terawat di Kelantan, dan bagi membuka lebih peluang kepada rakyat terutamanya bekas pengguna AKSB, Kerajaan Negeri dengan ini melanjutkan tempoh promosi sehingga 30 Jun 2018.

       
 

  Kelantan Darul Naim pmbk LOGO ALL

sawitbiotechkelgoldpmbkdevaz zahabkumairkelmajarisihhatbtc

 RAKAN KORPORAT

 

    takaful Logo Takaful Ikhlas etiqa zurich

HUBUNGI KAMI

KIFAALAH SDN BHD,No.4703-B Taman Maju Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu, Kelantan,

Tel : +609-747 6336       Faks : +609-747 6226  

 
Copyright @ 2020 KIFAALAH SDN BHD. All Right Reserved