Islam hanya akan nampak apabila diamalkan

Print


PARA pendakwah perlu menonjolkan kemurnian Islam bukan hanya dari kata-kata, sebaliknya perilaku dan tindakan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Islam hanya akan nampak apabila diamalkan.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Persidangan Dakwah Kebangsaan.
 
Program sehari itu diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC) hari ini.
 
Turut berucap pada majlis itu, Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr Yusof Noor.
 
Katanya, Islam perlu diamalkan untuk memperlihatkan kecantikannya, kenikmatan, keindahan serta keadilannya.
 
"Untuk itu saya menyu para pendakwah jangan sembunyikan keIslaman diri apabila berada dalam kalangan bukan muslim.
 
"Tindakan sedemikian menjadi punca dakwah tidak meluas kerana sikap kita sendiri.
 
"Islam yang indah terhadang kerana sikap kita sendiri yang tidak mahu menyebarkan kemurniannya," ujarnya lagi.
 
Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam berfikir bersama untuk menyampaikan dakwah pada mereka.
 
Turut hadir pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri, Dr Ramli Mamat, Naib-Naib Yang Dipertua Perkim Pusat, pimpinan Perkim Kelantan. – HARAKAHDAILY 26/11/2017