Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/kifaalah/public_html/modules/mod_sih/mod_sih.php on line 40

‘Orang mati’ pun kena GST

HEBATNYA kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila GST yang dilaksanakan sejak empat tahun lepas turut melibatkan urusan pengembumian jenazah.

Rozi Muhamad (PAS-Tendong) berkata, keluarga si mati yang membeli kelengkapan jenazah juga terpaksa membayar GST.

Rozi Mohamad“Usahkan orang kaya yang masih hidup, orang mati pun dikenakan juga GST,” katanya ketika membahas ucapan bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menganjur kursus kepada wakil rakyat pembangkang yang dianggap kurang faham mengenai GST.

Sebelum itu Datuk Nozula Mat Dia (BN-Paloh) ketika bangun mencelah berkata, hanya orang kaya yang dikenakan GST.

“Masih ada lagi wakil rakyat dalam Dun ini yang tidak faham apa maksud GST sehingga menyebut hanya orang kaya yang dikenakan GST,” katanya.

Nozula berkali-kali bangun bagi menegakkan pendiriannya biarpun menyimpang daripada maksud asal GST. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

Colors