• all skim banner.png
takafulmotor2  sistemtakaful2 
takaful keluarga berkelompok   takaful kesihatan berkelompok   takaful kemalangan diri berkelompok   Ehsan
Klik unnamed untuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    klik unnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut

 

 

           
takaful kerja kontraktor   takaful kebakaran   takaful rumah   takaful rumah desa
 Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut.

 

 

           
tripcare   takaful kembara   takaful pekerja asing   takaful pembantu rumah
Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut. 

 

 

           
    takaful kemalangan diri   takaful motor    
    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.   Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    

Ribuan rakyat iringi Sultan Kelantan

Print Email

sultan

KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan pagi ini mengiringi keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke ibu negara bagi menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.
 
Rakyat Kelantan berbilang kaum berbaris sambil mengibarkan bendera Kelantan dan Jalur Gemilang di sepanjang jalan antara Istana Negeri, Kubang Kerian dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi meraikan keberangkatan baginda.
 
Turut memberikan ucapan selamat berangkat pada baginda agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan-badan bukan kerajaan.
Baginda berlepas dari Istana Negeri Kubang Kerian kira-kira jam 8.10 pagi dengan diiringi Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, kaum kerabat, Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan lain-lain pembesar negeri.
 
Turut berangkat, bonda baginda Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
 
Baginda dan Pemangku Raja melambai tangan kepada orang ramai sambil kenderaan yang dinaiki bergerak perlahan dengan diiringi kenderaan pembesar negeri dan polis pengiring.
 sultan2
Laungan Allahuakbar dengan diiringi air mata gembira seakan tidak mampu ditahan kerana terharu, gembira kerana sultan mereka telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Baginda telah dipilih oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243, Oktober lepas. Baginda secara rasmi diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara hari ini.Terdahulu, istiadat keberangkatan Seri Paduka di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini bermula seawal 7.50 pagi dengan penuh adat istiadat.Baginda yang mengenakan persalinan rasmi Sultan Kelantan turut memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.
 
Doa selamat dibacakan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, disusuli Kawalan Kehormatan Utama menyembahkan Hormat Diraja buat kali kedua, sebelum baginda berangkat ke LTSIP.Rakyat jelata mengambil peluang menunggu ketibaan Tuanku dengan penuh sabar di laluan utama seperti  Jalan Sultan Yahya Petra, Jalan Pekeliling dan Jalan Tok Guru.
 
Tidak cukup dengan itu, persembahan kebudayaan termasuk tarian singa turut diadakan di 11 lokasi di sepanjang laluan itu.Sebaik tiba di LTSIP, Sultan Muhammad V sempat memohon restu daripada bonda baginda, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.Baginda juga sempat bersalaman dengan dif-dif kehormat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun-Adun, Anggota Parlimen serta pegawai tinggi kerajaan dan rakyat jelata yang menanti untuk mengucapkan selamat berangkat kepada baginda di lapangan terbang. – HARAKAHDAILY 13/12/2016

       
 

  Kelantan Darul Naim pmbk LOGO ALL

sawitbiotechkelgoldpmbkdevaz zahabkumairkelmajarisihhatbtc

 RAKAN KORPORAT

 

    takaful Logo Takaful Ikhlas etiqa zurich

HUBUNGI KAMI

KIFAALAH SDN BHD,No.4703-B Taman Maju Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu, Kelantan,

Tel : +609-747 6336       Faks : +609-747 6226  

 
Copyright @ 2020 KIFAALAH SDN BHD. All Right Reserved