• all skim banner.png
takafulmotor2  sistemtakaful2 
takaful keluarga berkelompok   takaful kesihatan berkelompok   takaful kemalangan diri berkelompok   Ehsan
Klik unnamed untuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    klik unnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut

 

 

           
takaful kerja kontraktor   takaful kebakaran   takaful rumah   takaful rumah desa
 Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut.

 

 

           
tripcare   takaful kembara   takaful pekerja asing   takaful pembantu rumah
Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut. 

 

 

           
    takaful kemalangan diri   takaful motor    
    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.   Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    

Warga Emas di Kelantan dapat pampasan RM54 juta

Print Email

 

KOTA BHARU: Sejak diwujudkan pada Febuari 2007 sehingga akhir Jun lalu sebanyak RM54 juta pampasan dibayar Kerajaan Negeri Kelantan kepada lebih 29,000 warga emas yang meninggal dunia.Mereka berusia 60 tahun ke atas didaftar di bawah skim Takaful Kifaalah, merupakan program berkebajikan dikendalikan kerajaan negeri.Kini program tersebut yang memberi manfaat besar kepada penduduk miskin turut dilaksanakan di Selangor dan Kedah.Keluarga warga emas yang meninggal dunia akan menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana sebanyak RM500 dibayar pada hari kematian. Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, pampasan tersebut dibayar berdasar kepada tujuh polisi ditetapkan kepada peserta berumur 60 hingga 76 tahun ke atas.“Tuntutan pampasan kematian sehingga 30 Jun lalu membabitkan seramai 29,220 orang warga emas berjumlah RM54.3 juta,” katanya di sini.Menurutnya sehingga pertengahan tahun ini seramai 148,196 warga emas berdaftar di bawah skim berkenaan.Kata beliau 50 peratus daripada jumlah peserta yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut berusia lebih 76 tahun.Kumpulan tersebut merupakan 24 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar.Manakala kumpulan usia paling ramai berdaftar iaitu berumur antara 66 hingga 75 tahun iaitu sebanyak 41 peratus.Abdul Shakur juga berkata, pada Ramadhan lalu Takaful Kifaalah memperuntukkan sebanyak RM388,000 dibayar kepada waris keluarga warga emas yang meninggal dunia.“Peruntukan tersebut merupakan fasa ketiga tahun ini sebagai pampasan kepada peserta yang meninggal dunia,” ujarnya.Menurutnya juga sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini Takaful Kifaalah Sdn Bhd memberi saguhati sebanyak RM300 kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).Katanya, pemberian itu sebagai penghargaan Kifaalah Sdn Bhd terhadap kerjasama pihak pengurusan Dun bagi memperkasakan skim Takaful Kifaalah.

       
 

  Kelantan Darul Naim pmbk LOGO ALL

sawitbiotechkelgoldpmbkdevaz zahabkumairkelmajarisihhatbtc

 RAKAN KORPORAT

 

    takaful Logo Takaful Ikhlas etiqa zurich

HUBUNGI KAMI

KIFAALAH SDN BHD,No.4703-B Taman Maju Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu, Kelantan,

Tel : +609-747 6336       Faks : +609-747 6226  

 
Copyright @ 2020 KIFAALAH SDN BHD. All Right Reserved