• all skim banner.png
takafulmotor2  sistemtakaful2 
takaful keluarga berkelompok   takaful kesihatan berkelompok   takaful kemalangan diri berkelompok   Ehsan
Klik unnamed untuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    klik unnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut

 

 

           
takaful kerja kontraktor   takaful kebakaran   takaful rumah   takaful rumah desa
 Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnamed untuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut.

 

 

           
tripcare   takaful kembara   takaful pekerja asing   takaful pembantu rumah
Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    Klik unnameduntuk maklumat lanjut.   Klik unnameduntuk maklumat lanjut. 

 

 

           
    takaful kemalangan diri   takaful motor    
    Klikunnameduntuk maklumat lanjut.   Klikunnameduntuk maklumat lanjut.    

KIFAALAH MENERAJUI PENGURUSAN PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM

Print Email

Kifaalah Sdn Bhd selaku operator Skim Takaful Kifaalah Warga Emas terus mengorak langkah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai negeri berkebajikan melalui takaful. Kifaalah tidak hanya menguruskan takaful untuk warga emas tetapi akan merangkumi keseluruhan peringkat umur rakyat negeri Kelantan.
Bermula Januari 2012 Kifaalah yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah dilantik sebagai agensi Takaful Tunggal bagi perlindungan aset dan kepentingan Kerajaan Negeri Kelantan. Sebagai ejensi korporat Takaful yang dilantik rasmi mewakili Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd , Kifaalah menawarkan pelbagai produk skim perlindungan Takaful Am, Takaful Keluarga dan produk-produk pengurusan perancangan kewangan Islam dalam sektor pelaburan unit amanah dan perancangan pusaka.

Sejajarnya dengan pelancaran Skim Takaful pelbagai peringkat umur, Kifaalah telah melancarkan Skim Khas Khairat Kematian untuk peserta berusia 18-59 pada bulan Julai 2011 iaitu Skim Kafaalah Takaful Khairatul Ummah dengan caruman RM30 setahun untuk setiap peserta. Sehingga kini, ianya telah memberi manfaat berjumlah RM30,000 kepada 6 orang peserta dengan manfaat khairat kematian RM3,000 bagi setiap peserta dan baki RM2,000 digunakan untuk pengurusan badal/upah haji bagi pihak arwah.

Salah satu matlamat pelaksanaan perlindungan berbentuk badal haji diperkenalkan  adalah bagi merealisasikan kesempurnaan rukun Islam bagi kesemua rakyat di bawah pimpinan YAB Tuan Guru  Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan. Maka dengan ini, Kifaalah bertanggungjawab menyempurnakannya dengan melantik secara khusus syarikat-syarikat urusan haji bagi melaksanakan badal haji arwah peserta.
Selain itu, Kifaalah Sdn Bhd juga menguruskan Skim Takaful Penghulu Kerajaan Negeri Kelantan yang dimulakan pada 1 Januari 2012. dengan manfaat kematian berjumlah RM10,000. Alhamdulillah ,program yang baru dimulakan telah memanfaatkan wasi dan keluarga 4 orang penghulu yang kembali ke Rahmatullah sejak awal tahun ini.

Para penghulu di Kelantan berjumlah 770 orang termasuk penghulu mukim dan tanpa mukim lelaki dan wanita , kaum minoriti Tionghua , Siam , India dan Orang Asal amat besar peranannya dalam mendekatkan rakyat dengan kerajaan yang merupakan kepimpinan akar umbi dan mata rantai menjayakan program-program  Kerajaan. Mereka merupakan penyampai maklumat dan pemudahcara kepada Program Kifaalah Warga Emas Negeri Kelantan.
Skim Kafaalah Takaful As-Syabab pula merupakan skim perlindungan Takaful Kemalangan Diri  “Anak Muda “ turut diuruskan oleh Kifaalah Sdn Bhd. Perlindungan Takaful As-Syabab diadakan adalah salah satu langkah ke arah mencapai matlamat kerajaan berkebajikan dan menghargai segala sumbangan dan sokongan golongan muda kepada kerajaan negeri Kelantan yang merupakan  aset utama , pemangkin modal insan pembangunan negeri di masa depan.

Oleh yang demikian, konsep kebajikan yang dicanangkan oleh kerajaan negeri semakin bertambah dengan pengenalan skim-skim terbaru ini. Kerajaan Negeri boleh berbangga  dengan pelbagai konsep kebajikan yang dilaksanakan termasuk dari segi khidmat nasihat dan perkhidmatan pengurusan perancangan kewangan Islam. Ianya merangkumi pengurusan risiko yang berteraskan syariah iaitu Skim Takaful , pengurusan pusaka, pengurusan pelaburan dan kewangan keluarga . Inilah peranan Kifaalah Sdn Bhd yang bergerak ke hadapan menunjangi dan melonjak agenda kebajikan kerajaan negeri dengan dipayungi bersama oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagi pemilik penuhnya.

       
 

  Kelantan Darul Naim pmbk LOGO ALL

sawitbiotechkelgoldpmbkdevaz zahabkumairkelmajarisihhatbtc

 RAKAN KORPORAT

 

    takaful Logo Takaful Ikhlas etiqa zurich

HUBUNGI KAMI

KIFAALAH SDN BHD,No.4703-B Taman Maju Jalan Long Yunus,15200 Kota Bharu, Kelantan,

Tel : +609-747 6336       Faks : +609-747 6226  

 
Copyright @ 2020 KIFAALAH SDN BHD. All Right Reserved