RM4 juta peruntukan armalah seluruh Kelantan

Print

armalah 1

RANTAU PANJANG: Seramai 350 orang golongan armalah Dun Bukit Tuku menerima sumbangan ‘armalah’ yang membabitkan kos keseluruhan RM80,000.
 
Adunnya, Abdul Rasul Mohamed berkata peruntukan untuk armalah itu diberikan oleh kerajaan negeri yang membabitkan keseluruhan sebanyak RM4 juta.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan armalah peringkat Dun Bukit Tuku, di Markas Tarbiah PAS Rantau Panjang, semalam.
 
Turut hadir pada majlis itu, Penyelaras Pembangunan Armalah Dun, Noriah Zakaria dan Penghulu Tanpa Mukim Dun berkenaan, Fauzah Mat Salleh
 
armalah 2

Jelasnya, ia diberikan setiap tahun demi untuk membantu rakyat yang memerlukan.“10 peratus peruntukkan kerajaan negeri keseluruhannya disuntik untuk program sebegini. Tidak termasuk program kebajikan yang lain seperti Ladang Rakyat,” ujarnya.
 
Tambahnya, pada masa yang sama kerajaan negeri tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu.
 
Jelasnya, pelbagai bangsa anak jati negeri itu berhak mendapat sumbangan yang sama.
 
Katanya, sumbangan juga turut diberikan pada golongan Orang Kurang Upaya, anak yatim dan miskin.
 
“Mudah-mudahan sumbngan ini dapat membantu keperluan harian. Sumbangan ini akan diberikan pada mereka yang layak setelah diadili Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2016