Warga emas di Kelantan terima RM70Juta

Print

joomla

KOTA BHARU: Sejak beroperasi pada 2007 skim Takaful Kifaalah membayar pampasan hampir RM70 juta kepada warga emas yang meninggal dunia.

     Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd Abdul Shakur Sharrie berkata, setiap keluarga warga emas menerima pampasan sebanyak RM1,500 di mana RM500 daripada dibayar pada hari kematian.

     Katanya sehingga sekarang lebih 155,000 warga emas yang berumur 60 tahun ke atas berdaftar dengan skim berkenaan.

     "Wasi menerima wang sebanyak RM500 dalam bentuk tunai dan RM1000 lagi dibayar dalam bentuk cek,

     "Jumlah pampasan itu melibatkan kira-kira 40,000 warga emas dengan nilaian hampir RM70 juta jika dicampur kadar bayaran sebelum ini sebanyak RM2,500 bagi setiap wasi," katanya di sini.

     Menurutnya juga sepanjang tahun ini sehingga November lepas sebanyak RM1.849 juta dibayar kepada wasi yang diagihkan melalui setiap Dun.

     Kata beliau juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi agihan kepada wasi dalam bajet 2016