Strict Standards: Only variables should be assigned by reference in /home/kifaalah/public_html/modules/mod_sih/mod_sih.php on line 40
Thursday, 04 January 2018 10:22
KISAH-kisah sejarah di dalam al-Quran kekal segar untuk dirujuk, kerana ia menceritakan tabiat manusia dengan pelbagai wajah. Kitaran sikap dan perangai watak-watak di dalam al-Quran akan turut kekal seperti kekalnya kitab suci tersebut.   Nabi Musa vs Firaun   Allah menceritakan betapa gigih dan tegasnya Nabi Musa  A.S memperingatkan kepada Firaun berkenaan batasan iman dan kufur. Nabi Musa menawarkan khidmat tunjuk ajar kepada Firaun agar dia kembali insaf:   فَ

Nikmat..bersyukur atau mengeluh?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah.....

Diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang agak baik. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Belum tentu kita ada esok untuk mensyukurinya. Allah telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

 
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak
dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nahl: 18)

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kita sering mendengan pelagai keluhan dan kita sendiri juga mengeluh."Bising betullah mesin ni. Cubalah senyap sikit."
 
"Penat je beli baju ni bulan lepas. Dah tak muat."
 
Ada sahaja yang kurang bagi kita. Ada sahaja yang kita nak rungutkan. Tidak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Lumrah manusia, merungut dah tidak berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Mari kita sama-sama cuba fikirkan apa yang terjadi dan apa yang ada pada kita.
  • Kita merungut dengar bunyi bising hari-hari,memang geram,sakit hati. Itu sebenarnya menandakan kita masih lagi mampu mendengar.
  • Kita merungut pakaian yang kita pakai sudah ketat,kecik,tak muat. tapi tidakkah kita bersyukur, baju tu dah tak muat kerana kita sebenranya cukup makan. Allah bagi rezeki melimpah ruah.
  • Kita merungut untuk rumah yang kita kena bersihkan,mop lantai,lap tingkap,sapu rumah dan sebagainya hari-hari. Tapi bersyukurlah kerana itu menandakan kita masih lagi mempunyai tempat tinggal untuk berlindung dari hujandan panas.
  • Kita mengeluh otot-otot kita kejang, kita sakit-sakit badan buat kerja hari-hari. Tetapi, itu sebenarnya menandakan kita masih mempunyai kudrat untuk berkerja kuat mencari rezeki.
  • Kita merungut untuk keletah anak-anak yang tidak menetu dirumah. Kadang-kadang kita rimas. Tetapi besyukurlah,sekurang-kurangnya mereka berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  • Kita mengeluh kerana tempat letak kereta ke lif yang mungkin agak jauh.tetapi sebenarnya kita perlu bersyukur kerana diberi nikmat masih mampu berjalan.
  • Kita mengeluh untuk timbunan pinggan mangkuk,pakaian yang perlu dicuci. Tetapi,itu menandakan kita sebenarnya memiliki semua itu untuk digunakan.
  • Untuk pagi-pagi yang selalu dikejutkan dengan jam loceng, kita merungut kemalasan. Tetapi Itu menandakan kita sebenarnya diberi kesempatan untuk mengharungi hari sekali lagi.
Ya Allah, sungguh banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami. Tetapi mungkin kita yang tidak menyedarinya. Kita yang tidak mensyukurinya. Kita yang tidak pernah berpuas hati dengan nikmat itu.
 
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim:7)
 
Dan sebenarnya, Allah menguji kita dengan pelbagai cara. Setiap nikmat yang Allah berikan itu juga adalah ujian bagi kita. Pancaindera, rumah, pakaian, keluarga, kewangan, mahupun pekerjaan adalah sebahagian nikmat yang kita perolehi seharian. Ada diantara kita yang sedar dan tahu,tetapi ada juga yang tidak.
 
Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
( Az-Zumar:49)
 
Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. :)
 
Colors